Menu Button

Lagu Kami Minggu 51/2013





Minggu ni Mr. Liverpool rasa nak buat lagu melayu. Yelah, dah dua minggu asyik lagu Inggeris je, sampai ada yang tanya ruangan ni memang khas tuk lagu Inggeris ke. Okay sebenarnya begini, ruangan ni di adakan untuk memberitahu lagu dan video clip official artis yang menjadi pilihan Mr. Liverpool minggu ni. Tak semestinya lagu inggeris dan melayu saja, bahkan apa sahaja lagu boleh jadi pilihan. Lagu korea boleh, lagu cina, lagu jawa, dan apa2 bahasa pun asalkan ianya lagu dan ada official video clip. Kerana pada Mr. Liverpool muzik itu universal. Muzik itu bahasa dunia. Muzik itu boleh dikongsi dengan semua orang didunia walaupun kita tidak faham liriknya.

Kerana ruangan ini masih baru, banyak perkara yang boleh diperbaiki. Minggu demi minggu, ruangan ini akan diperbaiki. Itu janji Mr. LiverpoolMinggu ini lagu yang jadi pilihan adalah lagu dari IamNeeta bersama Najwa Latif. Mungkin ini semua kebetulan, kerana sudah 3 minggu semuanya lagu duet. 

Lagu ini mungkin mengisahkan pasal sepasang kekasih atau sahabat yang terpisah. Terpisahnya mereka menyebabkan hari-hari yang dilalui tidak lagi seindah dan seceria dulu. Mengharapkan agar si dia kembali ke dakapan agar hidupnya kembali bermakna.

Dalam video clip lagu ini, satu suasana di pantai yang menyaksikan mereka bertemu dan bergembira. Pada pandangan peribadi Mr. Liverpool, video untuk lagu ni biasa sahaja. Namun dari segi gambaran tentang sesuatu tempat itu memang menarik. Pantai dan laut yang cantik cukup untuk membuat Mr. Liverpool teringin untuk melawat tempat ini. Terasa ingin sekali bersantai di petang hari melihat pemandangan matahari terbenam disini.








Macam mana? memang menarik bukan. Cuma Mr. Liverpool sendiri tidak tahu dimana pengembaraan ini dilakukan. Mungkin di Langkawi. Sesiapa yang tahu bolehlah kongsi dengan Mr. Liverpool. Layan lagi gambar yang di ambil dari video clip lagu ini dan juga lirik lagu ini. Jumpa lagi minggu hadapan okay.














~Kau Pergi Jua~
~IamNEETA feat Najwa Latif~

Kau pergi jua...
Dari hidup ku..
Kini sendiri...
Di hari-hariku..

Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa menyatukan masa kita berdua...

[Najwa Latif]
Kau pergi jua...
Dari hidup ku...
Kini sendiri...
Di hari-hariku..

Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa melenyapkan segala sunyi di sini

[Neeta & Najwa Latif]
Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa menyatukan masa kita berdua

Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa melenyapkan segala sunyi di sini

Kau pergi jua..
Kau pergi jua..
Kini sendiri di hari-hariku..
Kini sendiri di hari-hariku.....




No comments:

Post a Comment