Menu Button

semuanya bermula..

Alhamdullilah.. Misi Berjaya..

Ketika aku leka membaca blog2 orang lain, tiba2 aku dapat 1 idea. Idea yang pada aku, amat menarik. Aku nak tulis blog tuk tatapan keluarga aku sendiri di masa akan datang. Idea ni pada aku unik. Kerana kita boleh baca balik di masa hadapan. Yang paling penting, TIDAK AKAN HILANG. Inilah kelebihan dunia maya berbanding dengan ibu bapa kita dulu2. Kenangan tulis dalam diari. Diari itu boleh hilang atau rosak, tapi tidak dalam blog.

Aku nak perkenalkan diri aku. Aku ialah Mr Liverpool kerana aku penyokong tegar Liverpool F.C. Aku mula mengikuti skuad Liverpool dari 2004 bermula game Man.U lawan Liverpool yang dimenangi Liverpool menerusi gol penalti dari Danny Murphy di Old Trafford. Fuhh! Kalau nak cerita memang tak habis.

Danny Murphy meraikan gol.

 Kekasih hati aku pula, aku kenalkan sebagai Ms Drama kerana dia amat minat menonton drama. Tidak kira drama melayu, korea, indon mahupun drama filipina, semua dia layan. Hahaha. Paling dia layan drama Cinta Kau Dan Aku. Sampai berkali-kali tengok. Haish, tak jemu ke sayang.

Drama lakonan Fizz Fairuz dengan siapa entah heroinnya. Maaf tak kenal. hehe

Okay untuk hari ini, esok sambung lagi.

No comments:

Post a Comment