Menu Button

Lagu Kami Minggu 52/2013

내 블로그에 다시 오신 것을 환영합니다

Terkejut ar tu. Haha. Sebenarnya itu bahasa Korea. Biasalah tengah demam K-pop lah katakan. Maksud ayat di atas lebih kurang berbunyi seperti Selamat Datang Ke Blog Saya Sekali Lagi. Lebih kurang macam itulah bunyinya.

Maaf sebab minggu ini lambat share lagu. Al-maklumlah hujung bulan merangkap hujung tahun, semuanya perlu diuruskan. Hari ini lagu lama, tak ada video clip. Puas jugak Mr. Liverpool godek2 encik google, tapi tak jumpa. So kita share lirik sahaja minggu ini.

Lagu ini adalah ciptaan Ajai dan lirik dari Dr Fazley sendiri. Lagu ini merupakan single kedua dari album Lain yang tidak silap adalah album ketiga Dr Fazley. Antara lagu hitz lain dari album ini adalah lagu Bila April.

Sumber dari Blog Gerbang Muzik Anda

Mari kita tengok sikit biodata Dr Fazley ni..

Nama Penuh: Dato' Dr. Ahmad Fadzli Yaakob.
Nama Pentas: Dr. Fazley Yaakob 
Tempat Kelahiran: Seremban, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir: 18 April 1978
Kerjaya Seni: Penyanyi, Pelakon, Pengacara, Komposer, Chef Selebriti


Lagu ini pada Mr. Liverpool sengat klasik. Lagu ini popular masa tahun 2006/07 macam tu. Masa tu lagu ini boleh dikatakan popular dikalangan remaja. Mr. Liverpool jumpa balik masa tengah dengar lagu dari phone lama. So Mr. Liverpool share ar dengan semua. Kita layan lagu ini balik okay. Jumpa lagi minggu depan.

~Kerna Asmara~
~Dato' Dr Fazley feat Shazzy~

Kerna ku terlalu percaya 
Pengorbanan ku pastikan terbalas akhirnya 
Kerna ku terlalu setia 
Tak mungkin berpaling walaupun terduga

(Bridge)
Namun semua itu 
Tak lagi bererti 
Takkan pernah lagi 
Jadi nyata

(Korus) 
Kerna mu, kerna kamu ku jadi begini 
Tak pernah melihat diri ini 
Walau sering ku di sisi 
Kerna mu, kerna kamu ku jadi begini 
Tak pernah melihat diri ini 
Walau sering ku di sisi 
Oh kasih ku...

Shazzy: 
Malasnya ku melihat kau menghukum diri sendiri 
Tanpa sebarang kata mudahnya dia melangkah pergi 
Apa gunanya bersedih, apa gunanya bercinta 
Sekiranya hati tidak diberikan sepenuhnya 

Kerna asmara yang ku puja 
Hanya tinggal bayang-bayang di dalam hidup ku 
Kerna asmara yang ku damba 
Hanya sebuah bisikan pilu di jiwaku

(Ulang bridge & korus)
Shazzy: 
Malasnya ku lihat kau begini 
Rayuan mu membuatkan ku malu dan sakit hati 
Cukuplah sudah malas ku mendengar kesedihan mu 
Lupakan saja tiada guna engkau untuk berpilu, pilu

(Ulang korus & bridge)
Shazzy: 
Inilah kisah seorang wanita menawan hati 
Lalu meninggalkan kekasihnya terpinga-pinga 
Inilah kisah seorang wanita menawan hati 
Lalu meninggalkan kekasihnya terpinga-pinga 
Malasnya ku lihat kau begitu 
Rayuan mu membuatkan ku malu dan sakit hati 
Cukuplah sudah malas ku mendengar kesedihan mu 
Lupakan saja tiada guna engkau untuk berpilu, pilu


No comments:

Post a Comment