Menu Button

Buku di Malaysia

Tarikh & Masa : 26/09/13 & 8.15pm

Hari ni hari Khamis. Bersamaan 20 Zulkaedah 1434. Malam Jumaat pulak tu. Hehe.
Aku diajak oleh Ms. Drama untuk teman dia ke CIMB Bank. Area aku ni just ada 2 bank iaitu CIMB Bank dengan Agro Bank. Tapi ATM banyak ar. Ada Am Bank, Maybank dan BSN. Eh, apasal aku cerita pasal bank pulak ni. Dah lari tajuk ni.

Berbalik pada Ms Drama ni, macam biasa ar, lepas dah siap park motor EX5 dia tu, Ms Drama naik dengan aku. Lepas dah siap2 urusan di bank, aku tanya nak balik kew. Ms Drama kata nak singgah beli topup. Okay2 kataku. Lepas beli topup, aku ajak dia pergi pasaraya. Tak jauh mana pun, jalan kaki pun sampai sebenarnya. Aku bercadang nak pakai Blackberry. Just tengok2 harga dulu. Boleh tahan mahalnya. Hehehe. Tak jadilah nak pakai Blackberry. Lepas tu tgk pulak pemain dvd. Kerja kami berjalan jew, tak beli apa2 pun walaupun banyak kali jugak macam nak beli tapi tak jadi. Hahaha.

Lebih kurang pukul 9.00 malam, aku ajak Ms Drama balik. Kami singgah kedai runcit yang kami gelarkan Kedai Uncle. Tak taulah kenapa kami panggil Kedai Uncle. Hahaha. Kami beli 2 jenis majalah. Satu untuk Ms Drama dan satu tuk aku. Majalah yang aku beli adalah Wisel.

Wisel keluaran terbaru.

Dan majalah yang dibeli Ms Drama pula mestilah majalah kegemaran dia. Apa lagi kalau bukan majalah gosip2 berjudul buah-buahan kalau bukan majalah Mangga.

Mangga baru gambar Nelydia Senrose.

Pada aku, harga majalah di Malaysia ni mahal. Sebab tu ada kajian mengatakan harga buku yang mahal menyebabkan rakyat kurang membaca lebih2 lagi buku ilmiah. Untuk sumber boleh baca di sini. Mungkin kerajaan kene menangani perkara ini sewajarnya demi memupuk minat membaca di kalangan generasi muda. Aku sendiri memang cukup teruja dengan buku. Tidak kira apa jenis buku sekalipun. Tapi aku kurang berkemampuan untuk membeli. Ketika zaman belajar dulu, aku suka melepak di kedai2 buku selama berjam-jam untuk membaca jika waktu tak ada kuliah. Yelah, nak beli tak mampu, so lepaskan gian dengan cara macam ni ar. Tapi bila dah masuk zaman kerja, waktu aku sangat2 terhad. Masa yang terluang aku perlu bahagi-bahagikan untuk bersama keluarga, Ms Drama, bersenam + main games, bersama kawan2 dan berehat. Jadi aku sudah tiada masa untuk membaca mahupun ke kedai buku untuk melepak. Haish..


Cukuplah sampai disini. Lain kali aku membebel lagi.

No comments:

Post a Comment