Menu Button

Rekod City bakal lebur

Mamadou Sakho menggesa Liverpool agar meleburkan rekod mengagumkan Manchester City di laman sendiri dengan memburu kemenangan di Stadium Etihad dalam perlawanan yang akan berlangsung pada Boxing Day, Jumaat ini.

Kali terakhir City tewas di padang sendiri ialah ketika mereka kalah kepada Norwich City 2-3 pada perlawanan terakhir kempen 2012/13, Mei lalu.

Skuad bimbingan, Manuel Pellegrini sejak itu melakar kemenangan dalam setiap pertemuan yang berlangsung di depan penyokong sendiri, musim ini setelah meledakkan 32 gol dalam lapan perlawanan.

Bagaimanapun, bek tengah Liverpool, Sakho tidak gentar dengan statistik tersebut dan dia menegaskan, rekod yang dimiliki City itu bakal dipecahkan oleh Reds.

"Memang hebat jika mereka memiliki rekod yang cemerlang di laman sendiri, tetapi bola sepak pada hari ini lebih banyak bergantung kepada prestasi semasa sesebuah pasukan.

"Apa yang menjadi keutamaan kepada kami ialah keyakinan dan percaya kepada diri sendiri. Saya berharap kami akan bertandang ke sana dan cuba menamatkan rekod hebat tersebut.

"Sasaran kami ialah untuk cuba mencatat kemenangan dalam semua perlawanan, sama ada pertemuan itu berlangsung di laman kami atau pun di padang lawan.

"Jadi, kami akan mencuba pergi ke sana dan menerapkan keyakinan untuk bersedia berjuang bagi meraih kemenangan. Ia semudah itu. Saya rasa apabila semua orang mempunyai matlamat yang sama, anda mampu mendaki gunung walau setinggi manapun," kata Sakho kepada laman web rasmi kelab itu, Liverpoolfc.com.

Senjata paling bahaya yang dimiliki Liverpool ialah bintang penyerang mereka, Luis Suarez yang kini berada di kedudukan teratas senarai penjaring gol terbanyak Liga Perdana Inggeris setelah meledakkan 19 gol.

Bintang antarabangsa Uruguay itu, dijangka bergandingan dengan, Philippe Coutinho dari Brazil dan pemain remaja England, Raheem Sterling bagi menggempur kubu City dalam usaha mereka memastikan Reds kekal berada di tangga teratas carta liga.

Buku bertemu ruas

Perlawanan tradisi sempena Boxing Day yang berlangsung hari ini bakal merombak kedudukan lima pasukan teratas dalam merebut takhta pendahulu Liga Perdana Inggeris.

Buat pertama kali sejak tahun 1992 dalam era Liga Perdana, hanya mata kecil memisahkan lima kelab teratas sepanjang perayaan Hari Krismas.

Arsenal yang terikat 0-0 di laman sendiri ke atas Chelsea, Isnin lalu akhirnya terpaksa memberi laluan kepada Liverpool untuk merampas pendahulu liga.

Bagaimanapun, pasukan Reds akan menghadapi ujian getir dalam perlawanan esok apabila mereka berkunjung ke rumah Manchester City yang telah memenangi semua lapan perlawanan di laman sendiri musim ini dan menjaringkan 35 gol.

City yang menundukkan Fulham 4-2 pada aksi terakhir akan memintas Liverpool sekiranya mereka menang di Stadium Etihad sementara pengurus skuad pelawat, Brendan Rodgers menegaskan, Reds tidak akan terbawa-bawa rentak permainannya seperti awal musim lalu.

“Anda tidak akan mendapat ganjaran pada Krismas ini. Ia merupakan masa yang nostalgia dan orang sentiasa ingin tahu di mana kedudukan pasukan sekitar Hari Krismas itu nanti.

“Kita mahu bertandang ke sana, tapi kita juga berhasrat untuk pergi ke sana pada penghujung musim ini kerana, ia akan membuatkan kita lebih bekerja keras.

Pasukan Rodgers akan turun tanpa kelibat Steven Gerrard, Daniel Sturridge dan Jose Enrique ekoran kecederaan yang mereka alami, namun kehadiran penjaring terbanyak Luis Suarez dengan 19 gol yang boleh digelar sebagai pemain cemerlang setakat ini bakal menjadi ancaman kepada benteng pertahanan City.

Sementara itu, ketiadaan tonggak utama City, Sergio Aguero yang diketepikan akibat kecederaan betis ditambah pula pencapaian Liverpool selaku pasukan pelawat yang membelasah teruk Tottenham Hotspur 5-0 pada perlawanan baru-baru ini, pengurusnya, Manuel Pellegrini mengakui, perlawanan tersebut paling sukar diramal.

“"Pasukan Liverpool sangat bagus dan Suarez menyerlah pada masa yang baik. Tetapi saya rasa Liga Perdana ini, kita hanya menamatkan separuh pertama, dalam dua lagi perlawanan.
“Liga Perdana ini bukan hanya untuk Liverpool dan Manchester City semata-mata. Lima atau enam pasukan lain akan turut berjuang sehingga tamat liga musim ini," ujar pengurus warga Chile itu.

Lagu Kami Minggu 52/2013

내 블로그에 다시 오신 것을 환영합니다

Terkejut ar tu. Haha. Sebenarnya itu bahasa Korea. Biasalah tengah demam K-pop lah katakan. Maksud ayat di atas lebih kurang berbunyi seperti Selamat Datang Ke Blog Saya Sekali Lagi. Lebih kurang macam itulah bunyinya.

Maaf sebab minggu ini lambat share lagu. Al-maklumlah hujung bulan merangkap hujung tahun, semuanya perlu diuruskan. Hari ini lagu lama, tak ada video clip. Puas jugak Mr. Liverpool godek2 encik google, tapi tak jumpa. So kita share lirik sahaja minggu ini.

Lagu ini adalah ciptaan Ajai dan lirik dari Dr Fazley sendiri. Lagu ini merupakan single kedua dari album Lain yang tidak silap adalah album ketiga Dr Fazley. Antara lagu hitz lain dari album ini adalah lagu Bila April.

Sumber dari Blog Gerbang Muzik Anda

Mari kita tengok sikit biodata Dr Fazley ni..

Nama Penuh: Dato' Dr. Ahmad Fadzli Yaakob.
Nama Pentas: Dr. Fazley Yaakob 
Tempat Kelahiran: Seremban, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir: 18 April 1978
Kerjaya Seni: Penyanyi, Pelakon, Pengacara, Komposer, Chef Selebriti


Lagu ini pada Mr. Liverpool sengat klasik. Lagu ini popular masa tahun 2006/07 macam tu. Masa tu lagu ini boleh dikatakan popular dikalangan remaja. Mr. Liverpool jumpa balik masa tengah dengar lagu dari phone lama. So Mr. Liverpool share ar dengan semua. Kita layan lagu ini balik okay. Jumpa lagi minggu depan.

~Kerna Asmara~
~Dato' Dr Fazley feat Shazzy~

Kerna ku terlalu percaya 
Pengorbanan ku pastikan terbalas akhirnya 
Kerna ku terlalu setia 
Tak mungkin berpaling walaupun terduga

(Bridge)
Namun semua itu 
Tak lagi bererti 
Takkan pernah lagi 
Jadi nyata

(Korus) 
Kerna mu, kerna kamu ku jadi begini 
Tak pernah melihat diri ini 
Walau sering ku di sisi 
Kerna mu, kerna kamu ku jadi begini 
Tak pernah melihat diri ini 
Walau sering ku di sisi 
Oh kasih ku...

Shazzy: 
Malasnya ku melihat kau menghukum diri sendiri 
Tanpa sebarang kata mudahnya dia melangkah pergi 
Apa gunanya bersedih, apa gunanya bercinta 
Sekiranya hati tidak diberikan sepenuhnya 

Kerna asmara yang ku puja 
Hanya tinggal bayang-bayang di dalam hidup ku 
Kerna asmara yang ku damba 
Hanya sebuah bisikan pilu di jiwaku

(Ulang bridge & korus)
Shazzy: 
Malasnya ku lihat kau begini 
Rayuan mu membuatkan ku malu dan sakit hati 
Cukuplah sudah malas ku mendengar kesedihan mu 
Lupakan saja tiada guna engkau untuk berpilu, pilu

(Ulang korus & bridge)
Shazzy: 
Inilah kisah seorang wanita menawan hati 
Lalu meninggalkan kekasihnya terpinga-pinga 
Inilah kisah seorang wanita menawan hati 
Lalu meninggalkan kekasihnya terpinga-pinga 
Malasnya ku lihat kau begitu 
Rayuan mu membuatkan ku malu dan sakit hati 
Cukuplah sudah malas ku mendengar kesedihan mu 
Lupakan saja tiada guna engkau untuk berpilu, pilu


Sikap Bangsa Melayu Kini..

ORANG-orang Melayu, nampaknya seperti sudah terlalu selesa dengan kehidupan mereka di negara ini. Mereka tahu apa yang mereka mahu, mereka akan dapat. Tidak kiralah mereka itu menyokong kerajaan atau menyokong pembangkang – orang Melayu tidak akan kebulur hidup dalam negara ini.

Maka itulah, dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Selambau ini - slogan “kami sudah tidak kebuloq dengan BN” dimainkan dari atas lori-lori kecil bergerak (seperti iklan wayang cerita P. Ramlee). Lori dicat hijau itu bergerak ke segenap cerok kampung. Orang Melayu yang melihatnya bersenyum. Kanak-kanak Melayu di kampung-kampung terlompat-lompat keriangan. Orang Cina yang berniaga di kedai-kedai menarik nafas lega - kerana orang Melayu sudah ada wang untuk membeli barangan jualan mereka.

Slogan itu tiada salahnya. Memang benar. Orang Melayu di Malaysia ini sudah tidak kebulur. Anak-anak boleh kerja - paling rendah pun di kilang-kilang - dan paling tinggi anak-anak lulusan universiti yang bekerja besar di Kuala Lumpur dan bandar besar. Anak-anak orang Melayu kini sudah boleh belajar sehingga ke Amerika, England, Australia - dihantar kerajaan dan Mara. Setiap bulan anak-anak yang bekerja akan menghantar wang pulang ke kampung - oleh itu, tiada siapa yang kebulur lagi.

Yang menoreh getah - semalas-malas mereka pun boleh mengumpul sekerap berharga RM2 sekilo, masih boleh hidup. Yang mengait kelapa sawit - harga pasarannya sekarang tinggi dan lumayan. Pendek kata, orang Melayu sudah tidak kebulur. Mereka tidak perlu lagi ‘tongkat’ kerajaan BN untuk menyuap ke mulut mereka.

Yang berniaga kecil, kerajaan Pusat memberikan kepada orang Melayu bantuan pinjaman kecil TEKUN atau bantuan Ikhtiar. Tak kiralah orang itu orang UMNO ke, Pas atau PKR semua beratur untuk memohon bantuan itu. Pendek kata, tiada siapa lagi yang akan kebulur. Sama ada mereka akan bayar balik pinjaman itu atau tidak - itu soal lain. Masing-masing akan mendapat pinjaman mudah sekurang-kurangnya RM10,000 untuk modal berniaga.

Oleh itu, memang betullah kata orang Pas dan PKR dari atas lori kecil itu - “kami tidak kebulur dengan BN lagi”.

Mereka menjerit-jerit tidak mahu dibantu lagi. Orang Melayu - Pas, PKR, malah mungkin seluruh orang Melayu tidak lagi kebulurkan bantuan kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN). Jika tidak, masakan mereka membawa slogan seperti itu.

Kita tidak pasti apakah itu namanya takbur atau lupa daratan, tapi itu tidak penting bagi pihak tersebut, asalkan mereka sudah tidak kebulur lagi. Seorang rakan yang bersama-sama membuat tinjauan di Bukit Selambau ini mengulas slogan itu dengan satu perbandingan analogi kisah ‘‘Anak dan Bapa.”

Katanya, si bapa yang mengasuh dengan penuh kasih sayang anak-anaknya - sekolah yang cukup, makanan, pakaian dan macam-macam lagi, tiba-tiba terkejut dengan sikap anaknya yang berubah setelah dia dewasa dan sudah boleh berdikari.

Si anak, mula menganggap si bapa itu sudah tidak penting lagi. Si anak merasakan dia sudah boleh berdiri sendiri dan tidak memerlukan bantuan lagi. Si anak yang dibela sehingga berjaya itu beranggapan dirinya dan bapanya sudah mempunyai jurang generasi. Jika si anak itu seorang yang berterima kasih, dia akan membalas semula jasa-jasa bapanya - tapi jika sebaliknya, dia akan berkata: ‘‘Saya tidak mengharapkan (kebulur) bantuan bapa lagi’'.

Dalam tradisi Melayu - orang Melayu akan menghormati orang tuanya atau tok-tok gurunya - tapi mungkin di sebabkan berlakunya perubahan zaman, tradisi itu sudah tidak dipedulikan lagi.

Dengan rasa tinggi diri mereka mendabik dada mengatakan mereka sudah berjaya - maka itu mereka sudah tidak kebulur lagi dan tidak memerlukan bantuan lagi.

Jika itulah kehendak orang Melayu - maka mudahlah tugas kerajaan sekarang. Orang Melayu sudah tidak mahu dibantu lagi.

Namun, kita berharap keseronokan orang Melayu itu tidaklah seperti apa yang dialami Pak Kaduk. Dia bersorak-sorak riang walaupun kampungnya tergadai.

Pak Kaduk tidak pernah terfikir bahawa tindakannya itu boleh menyebabkan anak cucunya satu hari nanti akan kebulur semula. Dia mungkin menang tapi dalam kekalahan.

Petikan dari Kolum Cuit di Utusan Malaysia.

Liverpool vs Cardiff City 21/12/2013


Hujung minggu ini, perlawanan Barclays Premier League 2013/14 (BPL 13/14) akan berlansung seperti biasa. Mr. Liverpool pun seperti namanya mestilah menyokong pasukan Liverpool. Liverpool kini berada di tangga ke dua liga, dua mata di belakang Arsenal. Minggu ini, Liverpool menerima kunjungan pasukan yang sinonim dengan Malaysia iaitu, Cardiff City. Liverpool ketika ini kehilangan ketua pasukan, Steven Gerrard dan beberapa lagi pemain. Di harap Liverpool mampu menang minggu ini bagi meneruskan tekanan kepada pendahulu liga Arsenal.

Lagu Kami Minggu 51/2013





Minggu ni Mr. Liverpool rasa nak buat lagu melayu. Yelah, dah dua minggu asyik lagu Inggeris je, sampai ada yang tanya ruangan ni memang khas tuk lagu Inggeris ke. Okay sebenarnya begini, ruangan ni di adakan untuk memberitahu lagu dan video clip official artis yang menjadi pilihan Mr. Liverpool minggu ni. Tak semestinya lagu inggeris dan melayu saja, bahkan apa sahaja lagu boleh jadi pilihan. Lagu korea boleh, lagu cina, lagu jawa, dan apa2 bahasa pun asalkan ianya lagu dan ada official video clip. Kerana pada Mr. Liverpool muzik itu universal. Muzik itu bahasa dunia. Muzik itu boleh dikongsi dengan semua orang didunia walaupun kita tidak faham liriknya.

Kerana ruangan ini masih baru, banyak perkara yang boleh diperbaiki. Minggu demi minggu, ruangan ini akan diperbaiki. Itu janji Mr. LiverpoolMinggu ini lagu yang jadi pilihan adalah lagu dari IamNeeta bersama Najwa Latif. Mungkin ini semua kebetulan, kerana sudah 3 minggu semuanya lagu duet. 

Lagu ini mungkin mengisahkan pasal sepasang kekasih atau sahabat yang terpisah. Terpisahnya mereka menyebabkan hari-hari yang dilalui tidak lagi seindah dan seceria dulu. Mengharapkan agar si dia kembali ke dakapan agar hidupnya kembali bermakna.

Dalam video clip lagu ini, satu suasana di pantai yang menyaksikan mereka bertemu dan bergembira. Pada pandangan peribadi Mr. Liverpool, video untuk lagu ni biasa sahaja. Namun dari segi gambaran tentang sesuatu tempat itu memang menarik. Pantai dan laut yang cantik cukup untuk membuat Mr. Liverpool teringin untuk melawat tempat ini. Terasa ingin sekali bersantai di petang hari melihat pemandangan matahari terbenam disini.








Macam mana? memang menarik bukan. Cuma Mr. Liverpool sendiri tidak tahu dimana pengembaraan ini dilakukan. Mungkin di Langkawi. Sesiapa yang tahu bolehlah kongsi dengan Mr. Liverpool. Layan lagi gambar yang di ambil dari video clip lagu ini dan juga lirik lagu ini. Jumpa lagi minggu hadapan okay.














~Kau Pergi Jua~
~IamNEETA feat Najwa Latif~

Kau pergi jua...
Dari hidup ku..
Kini sendiri...
Di hari-hariku..

Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa menyatukan masa kita berdua...

[Najwa Latif]
Kau pergi jua...
Dari hidup ku...
Kini sendiri...
Di hari-hariku..

Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa melenyapkan segala sunyi di sini

[Neeta & Najwa Latif]
Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa menyatukan masa kita berdua

Pulang ke dakapanku..
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa melenyapkan segala sunyi di sini

Kau pergi jua..
Kau pergi jua..
Kini sendiri di hari-hariku..
Kini sendiri di hari-hariku.....




Lagu Kami Minggu 50/2013

Lagu kami minggu ini adalah lagu dari Justin Bieber. Lagu memang lagu lama, namun lagi ini masih melekat dengan jiwa aku. Pada aku, lagu ini menyimpan seribu satu erti tentang kehidupan aku. Setiap kali aku mendengar lagu ini, begitu banyak kenangan dan memori silam menjelma kembali. Kehidupan di zaman kolej dulu benar2 menyimpan 1001 memori pahit manis. Benar kata orang-orang tua, "Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain" .







Ini adalah serba sedikit gambar yang diambil dari video clip lagu ini. Untuk menonton video clipnya, korang bolahlah cari di sini.. Cariklah sendiri ye.. Lagi gambar dari video clip lagu ini berserta lirik lagu ini..








~That Should Be Me~
~Justin Bieber feat. Rascal Flatts~


Everybody's laughing in my mind
Rumors spreading about this other guy
Do you do what you did what you did with me?
Does he love you the way I can?
Did you forget all the plans that you made with me?
Cause baby I didn't

That should be me holding your hand
That should be me making you laugh
That should be me this is so sad
That should be me
That should be me
That should be me feeling your kiss
That should be me buying you gifts
This is so wrong
I can't go on
'Till you believe
That that should be me
That should be me

You said you needed a little time from my mistakes
It's funny how you used that time to have me replaced
Did you think that I wouldn't see you out at the movies?
What you doin' to me
You're taking him where we used to go
Now if you're trying to break my heart
It's working cause you know

That that should be me holding your hand
That should be me making you laugh
That should be me this is so sad
That should be me
That should be me
That should be me feeling your kiss
That should be me buying you gifts
This is so wrong I can't go on
'Till you believe
That should be me

I need to know should I fight for love
Or disarm
It's getting harder to shield
This pain is my heart
Ooh Ooh

That should be me holding your hand
That should be me making you laugh
That should be me this is so sad
That should be me
That should be me
That should be me feeling your kiss
That should be me buying you gifts
This is so wrong
I can't go on
'Till you believe
That that should be me

Holding your hand
That should be me
The one making you laugh (oh baby oh)
That should be me
That should be me
Giving you flowers
That should be me
Talking for hours
That should be me (that should be me)
That should be me
That should be me
Never should've let you go
I never should've let you go
That should be me
I never shoulda let you go

That should be me





Empat perkara yang Ms. Drama kene tahu pasal Mr. Liverpool - part 4

1 Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelefon setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana memberikan respon yang negatif).  

2 Saat anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan Mr. Liverpool lebih lemah dan susah melupakan dibanding Mrs. Drama).  

3 Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).  
  


4 Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji anda. 

Lagu Kami Minggu 49/2013

Ruangan baru bagi kamu.. Just nak share lagu yg jadi kegemaran kami setiap minggu.. Lagu minggu ni dari Mr. Liverpool.. Mesti ramai yang tau lagu ini kan? Lagu yang tengah popular di corong-corong radio tempatan..

Pada Mr. Liverpool, lagu ni menyimpan maksud yang amat mendalam. Dari lirik bahagian korusnya sahaja, kita dapat faham, jangan sesekali mengucap selamat tinggal, cukuplah sekadar memberi sebab kenapa kita melakukan sesuatu supaya kita dapat kembali bercinta.. Namun itu hanyalah pandangan peribadi Mr.Liverpool.. Mungkin anda ada maksud anda sendiri.. Apa2 pun jom kita layan lirik lagu dan sedikit gambar dari video clip lagu Just Give Me A Reason nyanyian Pink feat Nate Ruess..




~Just Give Me A Reason~
~Pink ft Nate Ruess~

Right from the start
You were a thief
You stole my heart
And I your willing victim
I let you see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them

Now you've been talking in your sleep, oh, oh
Things you never say to me, oh, oh
Tell me that you've had enough
Of our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again

I'm sorry I don't understand
Where all of this is coming from
I thought that we were fine
(Oh, we had everything)
Your head is running wild again
My dear we still have everythin'
And it's all in your mind
(Yeah, but this is happenin')

You've been havin' real bad dreams, oh, oh
You still lie so close to me, oh, oh
There's nothing more than empty sheets
Between our love, our love
Oh, our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
I never stopped
You're still written in the scars on my heart
You're not broken just bent
And we can learn to love again

Oh, tear ducts and rust
I'll fix it for us
We're collecting dust
But our love's enough
You're holding it in
You're pouring a drink
No nothing is as bad as it seems
We'll come clean

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Oh, we can learn to love again
Oh, we can learn to love again
Oh, oh, that we're not broken just bent

And we can learn to love again