Menu Button

Keperluan menghadapi kehidupan..

Hari demi hari..masa demi masa..detik demi detik..aku memikirkan cara bagaimana untuk mengubah hidup aku..hidup di zaman sekarang makin mencabar..setiap org berlumba-lumba utk berjaya..tidak mahu ketinggalan walau seminit..aku masih disini..terus buntu untuk berfikir..

Apa yang patut aku lakukan? Tanya ku pada hati..masih adakah jalan untuk aku berjaya..kadang kala, aku merasa cemburu melihat kawan2 sebaya ku yg lain..ada diantara mereka tidak menyambung pelajaran ke tahap yg lebih baik, namun mereka lebih berjaya pada pandangan ku..mereka sudah berkeluarga dan bakal menimang cahaya mata..satu pencapaian yg baik padaku kerana bukan mudah untuk menampung hidup sendiri, apatah lagi bila sudah beristeri malahan ada anak sendiri..apa cara yg ada untuk aku berjaya?

Ya perkara pertama adalah niat..niat merupakan segalanya..aku membetulkan niat aku yang sedikit lari dari apa yg sepatutnya..mungkin cara aku betul untuk mengumpul harta terlebih dahulu..tapi adakah aku harus berhutang untuk sesuatu yg susut nilainya sebelum hutang itu habis dibayar? Adakah lebih baik aq menyimpan duit itu dan beli sesuatu yg tidak akan susut nilainya? Aku akan cuba pikirkan..

Yg kedua mungkin adalah usaha..aku perlu berusaha sehabis daya untuk berjaya..asalkan ada jalan untuk aq, aq akan cuba..mencuba dengan sehabis daya yg aku mampu..aku bertekad untuk mencuba segala peluang yg ada..aku tidak boleh memilih apa jua situasi..yang paling penting, tabahlah wahai hati menghadapi masalah ini..

Yg terakhir pada ku adalah restu..sesungguhnya restu kedua ibu bapa dan sokongan dari org2 yg ada dibelakang ku amat aku harapkan..tanpa mereka aku pasti akan berada di sini..aku tahu mungkin banyak lagi perkara lain yg perlu aku pikirkan, namun semua itu tidak sepenting restu dan sokongan ibu bapa dan dari yang tercinta, Mrs. Drama ku..

Semoga segalanya dipermudahkan untuk aku..aku harap 2014 akan menjadi lebih baik buat aku..

No comments:

Post a Comment