Menu Button

Lima perkara yang Ms. Drama kene tahu pasal Mr. Liverpool - part 2

1. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. (Mr Liverpool memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi Mr Liverpool sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Ms Drama).  

2. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia akan menerima anda apa adanya. Tak peduli anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mr Liverpool mungkin akan memberi nasihat pada Ms Drama untuk diet ketika Ms Drama merasa gemuk, tetapi Mr Liverpool tulus mencintai Ms Drama).  

3. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman anda. (Untuk itu jangan membiarkan muka yang masam di wajah Ms Drama, tersenyum dan buatlah Mr Liverpool semakin terpesona).  

4. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Ms Drama).  


5. Lelaki tidak suka jika anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang Mr Liverpool suka cerita tentang bekas kekasih Mr Liverpool kepada Ms Drama, tapi Mr Liverpool sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Ms Drama)

Buku di Malaysia

Tarikh & Masa : 26/09/13 & 8.15pm

Hari ni hari Khamis. Bersamaan 20 Zulkaedah 1434. Malam Jumaat pulak tu. Hehe.
Aku diajak oleh Ms. Drama untuk teman dia ke CIMB Bank. Area aku ni just ada 2 bank iaitu CIMB Bank dengan Agro Bank. Tapi ATM banyak ar. Ada Am Bank, Maybank dan BSN. Eh, apasal aku cerita pasal bank pulak ni. Dah lari tajuk ni.

Berbalik pada Ms Drama ni, macam biasa ar, lepas dah siap park motor EX5 dia tu, Ms Drama naik dengan aku. Lepas dah siap2 urusan di bank, aku tanya nak balik kew. Ms Drama kata nak singgah beli topup. Okay2 kataku. Lepas beli topup, aku ajak dia pergi pasaraya. Tak jauh mana pun, jalan kaki pun sampai sebenarnya. Aku bercadang nak pakai Blackberry. Just tengok2 harga dulu. Boleh tahan mahalnya. Hehehe. Tak jadilah nak pakai Blackberry. Lepas tu tgk pulak pemain dvd. Kerja kami berjalan jew, tak beli apa2 pun walaupun banyak kali jugak macam nak beli tapi tak jadi. Hahaha.

Lebih kurang pukul 9.00 malam, aku ajak Ms Drama balik. Kami singgah kedai runcit yang kami gelarkan Kedai Uncle. Tak taulah kenapa kami panggil Kedai Uncle. Hahaha. Kami beli 2 jenis majalah. Satu untuk Ms Drama dan satu tuk aku. Majalah yang aku beli adalah Wisel.

Wisel keluaran terbaru.

Dan majalah yang dibeli Ms Drama pula mestilah majalah kegemaran dia. Apa lagi kalau bukan majalah gosip2 berjudul buah-buahan kalau bukan majalah Mangga.

Mangga baru gambar Nelydia Senrose.

Pada aku, harga majalah di Malaysia ni mahal. Sebab tu ada kajian mengatakan harga buku yang mahal menyebabkan rakyat kurang membaca lebih2 lagi buku ilmiah. Untuk sumber boleh baca di sini. Mungkin kerajaan kene menangani perkara ini sewajarnya demi memupuk minat membaca di kalangan generasi muda. Aku sendiri memang cukup teruja dengan buku. Tidak kira apa jenis buku sekalipun. Tapi aku kurang berkemampuan untuk membeli. Ketika zaman belajar dulu, aku suka melepak di kedai2 buku selama berjam-jam untuk membaca jika waktu tak ada kuliah. Yelah, nak beli tak mampu, so lepaskan gian dengan cara macam ni ar. Tapi bila dah masuk zaman kerja, waktu aku sangat2 terhad. Masa yang terluang aku perlu bahagi-bahagikan untuk bersama keluarga, Ms Drama, bersenam + main games, bersama kawan2 dan berehat. Jadi aku sudah tiada masa untuk membaca mahupun ke kedai buku untuk melepak. Haish..


Cukuplah sampai disini. Lain kali aku membebel lagi.

Lima perkara yang Ms. Drama kene tahu pasal Mr. Liverpool - part 1

1. Sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, Mr. Liverpool selalu meminta Ms. Drama berdandan. Bukan kerana Mr. Liverpool mata keranjang, tetapi mereka ingin Ms. Drama terlihat mempesona).  

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau Mr. Liverpool egois, keras, dan kuat, tetapi Mr. Liverpool adalah makhluk yang lemah). 

3. Ketika saat ini dia menyukai anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan bererti Ms. Drama tidak pernah ada di hati Mr. Liverpool). 

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan anda berbeza. (Bukan bererti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).  

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, Mr. Liverpool suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Ms. Drama hari ini).  

Ice Cream Potong

Tarikh & Masa : 25/09/13 & 5.25pm

Hari ini hari Rabu. Aku mcm biasa di tempat kerja. Tiba2 aku terasa nak ajak Ms. Drama aku keluar. Apa lagi, terus ar mesej ajak jumpa. Jumpa kejap tuk lepas rindu sudahlah. Aku sebenarnya tak suka plan nak keluar last minit. Aku tanya ar nak kemana. Ms. Drama kata nak makan ice cream. Aku pun okay jew.

Tepat jam 5.30pm, aku pun jumpa kat tempat biasa. Ms Drama park motor EX5 merah dia, dia naik dengan aku. Naik motor jew, belum mampu pakai kereta. Kami pun terus ke kedai serbaneka 99 Speed Mart. Terus ke tempat ice cream. Ms Drama amik ice cream potong. Okay gak ni kata aku dalam hati. Aku amik rasa coklat, Ms Drama amik rasa strawberry dengan jagung kegemaran Ms Drama. Okay, aku layankan aje. Sampai 5 batang kiteorg amik tuk makan dua orang. Hehehe. Nasib baik satu batang harganya cuma RM 0.90 jew. Tapi agak terkejut kalau dengar IDR 3207.60 harganya di Indonesia. Ice cream pun sampai ribu2 tu.

Resit 99 Speed Mart. RM4.50 semuanya.

Lepas beli, kami lepak di taman permainan. Park motor siap2, pastu apa lagi. Serang!! Hahaha. Aku bukak ice cream coklat dulu. Nyum2. Nampak menyelerakan. Cukup untuk hilangkan dahaga di waktu petang. Abis coklat, strawberry pulak. Bolehlah. Pada aku, aku suka makan ice cream potong perasa kacang merah. Klasik tu, hahaha.


Perisa Coklat, Jagung dan Strawberry.
Keluaran Sinwah.
Menyelerakan..Nyum2..
Sambil makan ice cream, lepak kat taman tu sambil borak2. Tengok orang lalu lalang. Pukul 6.20pm, aku hantar Ms Drama kat tempat dia park motor dia. Cukup ar jumpa sekejap. Dapat gak lepas rindu. Hehehe. Bye2 Ms Drama, nanti jumpa lagi ye.


semuanya bermula..

Alhamdullilah.. Misi Berjaya..

Ketika aku leka membaca blog2 orang lain, tiba2 aku dapat 1 idea. Idea yang pada aku, amat menarik. Aku nak tulis blog tuk tatapan keluarga aku sendiri di masa akan datang. Idea ni pada aku unik. Kerana kita boleh baca balik di masa hadapan. Yang paling penting, TIDAK AKAN HILANG. Inilah kelebihan dunia maya berbanding dengan ibu bapa kita dulu2. Kenangan tulis dalam diari. Diari itu boleh hilang atau rosak, tapi tidak dalam blog.

Aku nak perkenalkan diri aku. Aku ialah Mr Liverpool kerana aku penyokong tegar Liverpool F.C. Aku mula mengikuti skuad Liverpool dari 2004 bermula game Man.U lawan Liverpool yang dimenangi Liverpool menerusi gol penalti dari Danny Murphy di Old Trafford. Fuhh! Kalau nak cerita memang tak habis.

Danny Murphy meraikan gol.

 Kekasih hati aku pula, aku kenalkan sebagai Ms Drama kerana dia amat minat menonton drama. Tidak kira drama melayu, korea, indon mahupun drama filipina, semua dia layan. Hahaha. Paling dia layan drama Cinta Kau Dan Aku. Sampai berkali-kali tengok. Haish, tak jemu ke sayang.

Drama lakonan Fizz Fairuz dengan siapa entah heroinnya. Maaf tak kenal. hehe

Okay untuk hari ini, esok sambung lagi.